“JANJI DITEPATI”


Isu ‘Janji Ditepati’ jadi perbualan masyarakat umum. Seronok juga apabila isu ini jadi pengdebatan umum. Sheets kali ini ada berkaitan dengan ‘janji’ tetapi bebas dari unsur politik. Bukan bermakna saya menolak politik!

Pelik saya. Sepanjang umur saya, saya perasan, peratus orang yang yang menepati waktu lebih kurang dari orang yang menepati waktu. Kalau orang yang menepati waktu, mereka akan jadi mangsa. Masa mereka pula yang melayang menunggu orang yang ke mana menghilang. Boleh jadi mereka dianggap ‘skema’ (baca sebagai nerdy). Sebab ia budaya kita. Siapa kita? Pernah dengar ungkapan ‘Janji Melayu’? Jawapan telah diberi dengan bidalan bangsa sendiri.

Saya tidak pasti jika ‘Janji Melayu’ itu sudah perlu ditukar kepada ‘Janji 1 Malaysia’. Untuk penulisan ini, lebih terfokus kepada Melayu, sebab yang mahu dikupas bukan Melayu, tetapi agama Islam itu sendiri. Ramai Melayu itu Islam di Malaysia. Ramai Islam itu Melayu. Atau kita mahu tunggu sampai ada bidalan ‘Janji Islam’? Harap-harap tidak!

Sebagai seorang pelajar klinikal di sebuah hospital atau klinik di ibu kota, kami perlu hadir tepat pada temujanji yang telah ditetapkan. Jika tidak, alamatnya, pesakit akan hilang hormat. Tetapi, kami mengaku kami pernah juga terlambat, kerana kelas yang habis lewat atau ada masalah dengan pesakit yang memerlukan rawatak kecemasan. Pernah juga sebab kerja yang tergendala. Jadi, masuk klinik pesakit akan marah. Ada sekali, saya terpaksa merawat dua orang pesakit dalam masa serentak. Tetapi, pihak hospital atau klinik memang akan menetapkan temu janji awal sebelum waktu sebenar rawatan. Kenapa? Mudah, tidak tepati janji memang budaya kita. Kalau sehari ada 3 temu janji, seorang lewat 20 minit, secara total, satu jam (60 minit) masa terbuang! Jadi itu jalannya. Kalau pesakit masuk dengan bebelan dan bermuka masam, kadang kala saya terangkan. Pernah juga, saya mohon maaf, senang cerita. Orang tengah sakit, beralah itu jalan yang terbaik.

Pernah juga pesakit yang datang lambat. Pernah juga pesakit tidak datang terus. Pernah juga yang temu janji terpaksa dibatalkan terus. Kadang- kala dengan alasan yang berasas, namun ada juga alasan yang menggugat kesabaran.  Jadi sebelum temu janji, seminggu dan sehari sebelum itu saya perlu sms, beri peringatan. Pagi esok juga perlu sms atau call. Saya ada ramai pesakit, jadi perlu ingatkan hampir semua pesakit. Kalau tidak mood saya yang rosak. Temu janji telah dibuat, saya tunggu di klinik, seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Mungkin rawatan percuma, mungkin inilah natijahnya! Mungkin, menandakan ia andaian.

Sering juga pensyarah yang datang lambat. Ini juga mengecewakan kami. Lambat 30 minit adalah perkara biasa. Kelas pukul 2 petang, selalunya pukul 3 petang kami boleh present case kami. Kerapnya, pendidik yang beragama Islam dan berbangsa Melayu! Masuk lambat satu isu, kemudian mereka pulang awal dari masa yang ditetapkan! Kadang-kala malu dengan pesakit. Nak terang apa dengan pesakit pun jadi satu masalah. Kalau pesakit yang sedang sakit, terpaksa menunggu selama sejam, mungkin ia bagaikan 30 jam. Tetapi, di Malaysia, menegur orang yang lebih tua atau mempunyai kedudukan adalah perkara yang sering di anggap biadap. Double standard. Jalan penyelesaian? Berlakon atau buat apa sahaja supaya pesakit tidak terasa seperti menunggu pensyarah untuk meneruskan rawatan seterusnya.

Sebenarnya dalam kerja berpersatuan, masalah yang sama berlaku. Kalau persatuan itu ada nama Islam dibelakang, lagi parah. Mula-mula ketika saya memegang jawatan, selalu juga datang awal. Takut pimpinan lain marah. Ketika itu, kalau ada yang lambat,masih boleh terima lagi. Lama-kelamaan, kalau meeting pukul 5 petang, hadirlah 5.30 petang. Itu pun belum tentu mesyuarat boleh bermula. Saya sudah boleh mengadaptasi ia sebagai budaya peribadi. Belum lagi yang menjadi alasan terlupa. Bagi saya, sekali dua tidak apa. Tetapi kalau muka yang sama, dan bagi alasan, tiada sms reminder, lagi saya bantah. Sekarang ini zaman teknologi. Gajet banyak, ikut arus kemodenan dunia. Gunalah telefon bimbit, gunalah pengisian ‘reminder’ atau ‘note’ yang tersedia itu. Kita mahasiswa. Sewajarnya hebat dalam pengurusan masa peribadi, malah tidak perlu setiap kali mesyuarat atau program, peringatan diberi. Kalau anda seorang yang sibuk atau terlupa, buat peringatan untuk diri sendiri!

Mungkin ada satu lagi bukti yang kita suka melengah-lengahkan, hatta perkara penting. Kerajaan memberi tempoh selama enam bulan bagi pesalah trafik menjelaskan saman, tetapi orang kita akan berpusu-pusu membuat bayaran apabila kerajaan keluarkan notis amaran atau hari terakhir iaitu 28 Februari. Demikianlah kisah kita yang sering memperlekehkan masa.

Selagi lagi, saya hendak tegaskan, bukan bangsa, tetapi isu agama yang menjadi agenda menarik. ‘Kita’ yang sering menyebut ‘Demi Masa’. Kita juga tahu ada surah yang menyebut tentang itu. Kita juga tahu, ia diutus khas untuk kita dari Dia. Tetapi ternyata kita tidak menghayati dan mengamalkan apa yang kita tahu. Jadi, benarkah Al-Quran itu asas kehidupan kita? Andai kita betul-betul ikut nas-nas Allah, pasti kita akan menepati waktu dan berusaha ke arah itu! Tidak setuju? Sila mengemukakan bantahan.

Sebaliknya dalah hal masa ini, saya lihat penganut agama lain yang lebih menjaganya. Sebagai contoh, bangsa Cina yang majoritinya penganut agama Budha, sering kali dikaitkan dengan mempunyai disiplin yang mantap, termasuk menepati waktu. Saya juga nampak ia benar, sebab ayah saya seorang yang berbangsa Cina yang dahulanya beragama Budha. Kerja pukul 7pagi, selepas solat subuh ayah saya sudah bertolak ke tempat kerja, sedangkan ia hanya mengambil 10 minit masa perjalanan. Cukai jalan juga sering dilunaskan beberapa minggu sebelum tarikh tamat tempoh. ‘Reminder’ nya juga penuh, demi memastikan semua temu janji tidak tertinggal dengan alasan yang tidak munasabah. Ini semua hasil didikan dari kecil, oleh orang tuanya yang beragama Budha. Orang Jepun yang tidak beragama itu ternyata lebih menepati waktu. Saya pernah baca artikel yang menceritakan bahawa mesyuarat, majlis rasmi atau tidak rasmi, resepsi atau apa jua acara, akan dilaksanakan mengikut tentatif yang telah dirancang. Lihatlah negara mereka yang membangun! Itu hasil dari rakyat yang mempunyai disiplin menepati waktu! Ini baru janji ditepati!
Kita tidaklah teruk mana. Ada juga yang kita menepati waktu. Mungkin satu-satunya perkara yang terlalu dititik beratkan untuk menepati waktu iaitu berbuka puasa. Jika waktu berbuka jam 7.23, maka, waktu itu juga kita akan berbuka, tidak terlewat walaupun sesaat. ‘Tidak elok melewatkan berbuka puasa’ adalah alasan yang rutin. Selain itu, orang kita suka melewatkan. Lucu. Mungkin juga memalukan.

Bidalan ‘Demi masa’ atau ‘Masa itu Emas’ mungkin tewas dengan ungkapan ‘Janji Melayu’. Mungkin ia jadi perbualan atau nasihat hanya di bibir, tetapi bukan di hati hatta dibuktikan dengan perlakuan. Nasib oh nasib. Aduhai muslimin muslimat~

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!  Selamat Memerdekan Diri! Selamat ‘Janji Ditepati’!

Buat penutup, terimalah ‘puisi’ khas daripada Pencipta.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Demi Masa!

 Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian .

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Al Asr : 1-3

Wallahu a’lam.

drnfn

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s