CONASS (continuous assessment)


Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Assalamualaikum. 

“Ramadhan bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan

kekuatan, Ramadhan bukan mengajar kita kelesuan tetapi

menghembuskan kegagahan dan Ramadhan bukan

melemahkan semangat tetapi membangkitkan jihad”

Setiap peluang dan masa tidak akan berulang. Ramadhan 2012 sudah berlalu dan mungkin Ramadhan itu tidak akan berulang.  Jadi, ia adalah Ramadhan yang terakhir sebelum kita dihisab. Semua sudah pergi, namun pasti tinggalnya pengajaran yang telah digoreskan dalam diri.

 

Saya lihat Ramadhan berjaya menyekat kita dari kemaksiatan. Ramai yang sudah belajar menutup aurat secara sempurna semata-mata mengharapkn puasa diterima. Keluar dating juga ditinggalkan, kerana takut dipandang atau dijeling oleh orang sekeliling.  Saya setuju kita tinggalkan semua ini demi menjaga puasa, tetapi Allah minta kita tinggalkan semua yang berdosa demi Dia.

 

Kita mampu tinggalkan selama sebulan dan percayalah Allah telah memberi petunjuk, yang kita mampu tinggalkan kemaksiatan ini selama-lamanya. Kita telah buktikan, dengan iman dan akal, kita berjaya meninggalkan semua yang terlarang. Kita berjaya menang besar ketika bertanding dengan hawa nafsu. Para pembaca, saya ulangi, kita mampu dan kita berjaya. Tetapi kenapa hanya sebulan kita menang?

Jika banyak aktiviti kemaksiatan dibekukan Ramadhan, tetapi saya lihat pula ia ‘cair’ ketika Syawal dan bulan mendatang? Apakah semua ini hanya berdosa dan dilarang ketika Ramadhan? Selagi malaikat maut belum menjemput, ibadah bukan hanya dalam Ramadhan sahaja, dan dosa bukan hanya ditinggalkan dalam masa sebulan ini. Cuba tanya diri kita, mahu atau tidak meninggalkan kemaksiatan? Pokok pangkal diri kita, jangan salahkan hawa nafsu hatta syaitan si penggoda dunia! Allah bekalkan ilmu serta akal, malah iman. Andai ketika Ramadhan kau menjadi Sang Wira, kenapa tidak bulan lain? Hayati lirik ini, tanamkan dalam diri, kita mampu berhenti menzalimi diri sendiri.

“Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan,

Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu,

Engkaulah apa kau fikirkan,

Terkandung dalam pemikiran

Berfikir boleh melakukan

Kau boleh!”

 

Andai buah hati yang konon sayang dan cinta, kita sanggup dengar kata. Andai mama atau ayah yang menjaga dari kecil, kita sanggup patuh dan taat. Tapi Dia, yang menyayangi, menjaga kita, malah menciptakan kita, tapi kita tak sanggup tinggalkan apa yang Dia benci. Rendahnya ‘tempat Allah’ dalam hati dan hidup kita.  Apa yang Dia larang, itulah kita suka, apa Dia cadangkan, itulah kita tentang. Kitalah extremist kepada Tuan Pencipta!

 

Kita sanggup bersusah payah menuntut ilmu untuk mendapatkan 4.0 flat, demi membalas dan menghargai jasa mama dan ayah. Jadi, wajiblah kita sanggup bersusah payah dan lakukan apa sahaja demi menghargai pemberian Allah bukan?

 

Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan kelapangan”.

 

Di saat kita dikurniakan kesihatan, adakah sama di saat kita di datangkan penyakit? Di saat kita dikurniakan kelapangan, adakah sama diwaktu kita akan dilambakkan dengan seribu satu permasalahan yang menyibuk dan menyesakkan dada? Inilah nikmat dalam bentuk ujian yang lebih berat bagi kita.

 

Apabila melihat sendiri ramai pesakit yang terbaring di wad, saya terpikir yang saya mungkin boleh jadi seperti mereka suatu hari nanti. Ketika melihat orang yang kurang upaya menunaikan solat terawikh di surau, boleh jadi bila-bila sahaja Allah tarik nikmat kaki yang sudah diberi pinjam selama 22 tahun ini. Bukan itu sahaja, saya terpikir, andai saya berada di bumi bergolak seperti Syria, adakah saya mampu menunaikan solat seaman di sini. Berhawa dingin, karpet yang empuk, juadah berbuka yang melimpah ruah dan pelbagai lagi.

 

Allah tidak pernah menjamin saya dan anda sentiasa sihat, bertenaga, dan ada masa terluang. Malaysia ini pula mungkin boleh terlibat dengan peperangan dan pembunuhan yang dasyat. Betul bukan?. Kita tidak tahu apa terjadi pada masa mendatang.

 

Insafilah diri, tanam dalam hati, kita sedang berada dalam keselesaan bukan bermakna kita tidak diuji. Allah ingin lihat sejauh mana kita bersyukur dengan semua ini. Bukan hanya di mulut dengan perkataan syukur, zahirkan dengan perbuatan yang digariskan dalam Islam, tanamlah dalam hati dengan kasih pada Ilahi.

 

“Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.”
Al-Mujaadalah:22

Kemanisan beribadat secara berjemaah sangat memberi kesan kepada semua. Memulakan hari dengan bangun seawal pagi untuk berqiam dan menyediakan juadah bersahur. Rumah sudah terang benderang di hening malam yang masih berembun. Menikmati juadah bersahur dengan tazkirah subuh di kaca televisyen. Kemudian berjemaah subuh dan memulakan aktiviti seharian seperti biasa. Perut  yang diajar untuk berlapar demi merasai kepayahan. Namun tidak dirasai kelaparannya, kerana kita tahu semua sedang berlapar dan kehausan. Malulah jika kita merungut sebab kanak-kanak kecil seawal 6 tahun juga mampu berpuasa dan bertenaga! Anggota badan lain dididik dan teguran diterima jika mula memasuki zon-zon berdosa. Kemudian kita berbuka beramai-ramai, dengan rasa gembira dan bersyukur setelah seharian menahan nafsu makan. Selepas itu menunaikan solat terawikh di masjid atau surau dengan bilangan rakaat yang boleh aku katakan ‘banyak’. Kemudian bertadarus Al-Quran dengan sasaran mengkhatamkan 30 juzuk dalam masa 30 hari.

 

Jadual atau rutin yang sangat hebat. Semua ini kelihatan mustahil di bulan biasa. Tapi ia majoriti sukses menjadi realiti dan logik sebab kita lakukan secara berjemaah. Kurang rasa kepayahan, malah diri semakin bermotivasi dan wujud persaingan sihat untuk menjadi hamba yang hebat!

 

Andai kita bersama-sama mengekalkan atau upgarde momentum amal ibadah kita yang sedia ada sepanjang Ramadhan ini, saya jamin, kita masing-masing akan mendapat kekuatan yang luar biasa untuk menjadi insan Rabbani. Saya ulangi, bersama-sama. Apabila kita berjemaah, kita akan saling sokong-menyokong dan nasihat- menasihati, yang jarang kita miliki apabila kita berseorangan.  Insan rabbani ialah mereka yang tetap mengerjakan amal ibadat, pada bila-bila masa, bukan hanya pada bulan tertentu, minggu tertentu atau hari-hari tertentu sahaja. Insan rabbani akan terus mendatangi masjid untuk berjemaah, bertadarus al-Quran, bertazkirah dan berkuliah subuh ada setiap masa. Insan rabbani, akan terus bersedekah, bersembahyang sunat, berdakwah dan berjihad pada setiap masa dan setiap waktu, bukan pada musim-musim tertentu. Cumanya, mereka akan menambahkan lagi kegiatan amal ibadat mereka yang telah sedia ada pada ketika-ketika yang terdapat padanya kelebihan dan keistimewaan yang tertentu seperti bulan Ramadhan ini.

 

Jadi untuk bergerak, carilah team, geng mahupun teman yang memasang impian untuk menjadi Insan rabbani bukan insan Ramadhani. Itu juga satu usaha, malah usaha pertama untuk kita kekalkan semangat bagi beramal ibadat. Dont wait for your ship to come in. Swim out to it. I thought the sooner I swam out to my ship the better.

 

Ramadhan itu berjaya membentuk perisai. Saya tidak pasti perisai kalian bagaimana. Mungkin ia dibuat dari besi. Mungkin ia tebal, mungkin juga nipis. Perisai itu mungkin melindungi kaki, tapi tidak pada tangan, kaki, hati atau ruh. Perisai itu mungkin pada siang hari, tetapi malam kita jadi mangsa peluru berpandu yang ditembak oleh zionis hawa nafsu. Mungkin perisai itu ada tarikh luput, iaitu tamat sebelum 1 Syawal. Tanyalah diri, apa kriteria perisai yang berjaya disarungkan pada diri sendiri? Lakukan, kerana ia satu refleksi atau dipanggil muhasabah diri.

Terima kasih Allah. Terima kasih Ramadhan. Terima kasih Pembaca.

“Taqabalullahu minna waminka”

Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.

Waallahu’alam.

drnfn

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s