what goes around comes around (Ramadhan)


Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Assalamualaikum.

Gelombang Ramadhan telah menerjah lagi.

Satu hadith Rasullullah SAW yang apabila saya membacanya, menimbulkan  satu anjakan kegerunan kepada diri sendiri.

“Amin.. Amin.. Amin..”, sabda Rasulullah SAW sambil naik ke mimbar.

“Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan amin, amin, amin..?” , tanya para sahabat tercinta kepada Baginda.

“Sesungguhnya Jibril datang kepadaku, dan dia berkata, “Barangsiapa yang datang kepadanya Ramadhan tapi tidak diampuni dosanya maka akan dimasukkan neraka dan akan Allah menjauhinya, katakanlah ‘Amin’, maka aku pun mengucapkan Amin….”, sabda Rasulullah SAW membalas pertanyaan para sahabatnya.

Neraka dan ‘Amin’ daripada kekasih Allah, menerangkan tingginya amaran dalam hadis ini. Itu pendapat peribadi saya.

Kita hebat dalam merancang perkara yang penting dalam kehidupan seharian, apatah lagi perkara yang paling kita idamkan. Pelbagai. Tidak dapat dinafikan perancangan itu penting  untuk satu kejayaan itu diterpa. Sebagai contoh, jadual mengulangkaji pelajaran atau study group, kewangan, program persatuan hatta gerak kerja dalam sesuatu jemaah itu perlukan perancangan! Semuanya mantap.

Semangat Ramadhan dapat dirasai, namun perancangan untuk Ramadhan masih belum nampak realiti. Dia berikan sekali lagi Ramadhan ini, namun saya sendiri khuatir adalah repetensi Ramadhan yang lepas. Tiada transformasi. Jika ada, istiqamahkah ia?

Dengan Ramadhan ini, saya yakin perancangan dan strategi yang rapi perlu disediakan kerana ia juga diantara  perkara terpenting dalam kehidupan kita sebagai muslim. Kelebihan Ramadhan tidak lagi perlu diceritakan, hampir semua sedia maklum dan sibuk berbicara. Hikmah dan hakikat ini perkara asas untuk menjayakan Ramadhan, saya tidak nafikan. Tapi, bila datang ke perancangan atau strategi individu, ramai terkesima dan tidak mahu mengupasnya. Bukankah perancangan itu tanda kita bersungguh-sungguh dalam menjalani tarbiyah Ramadhan? Mengapa konsep merancang strategi yang sudah terlalu lazim dengan kita tidak diaplikasikan dalam Ramadhan? Atau selama ini kita hanya menjalani Ramadhan tanpa kesungguhan untuk mentransformasikan diri sendri sebagai hamba, pelajar mahupun ahli gerakan?

Pada bulan inilah, masa terbaik untuk memikirkan apa target-target tahunan kita mendatang dan doa-doa yang akan disandarkan kepada Pencipta. Kita sering menggariskan beberapa prinsip atau impian hidup, tetapi kini saya tekankan budaya yang sama diaplikasikan dalam bulan Ramadhan. Tidak salah bukan?

Bagaimana mahu merancang Ramadhan? Senaraikanlah apa prinsip, impian mahupun harapan kalian pada Ramadhan kali ini. Jangan lupa jengah dan imbas kembali Ramadhan yang lepas sebagai muhasabah dan teguran buat diri sendiri. Mungkin dengan ini kita boleh sertakan sekali beberapa perkara yang tidak mampu digapai pada Ramadhan yang lepas.

Mungkin beberapa soalan mampu membantu kalian dalam membuat perancangan. Bagaimana  kita menguruskan harta dalam manfaatkan Ramadhan? Bagaimana pula dengan sedekah yang telah lama  kita tinggalkan? Apakah yang telah kita lakukan dengan masa yang telah diberikan Allah kepada kita? Kesihatan tubuh badan dan kebijaksaan akal fikiran? Macam mana pula dengan ilmu yang ada? Adakah kita manfaatkan ilmu kesihatan itu seiring dengan amalan dalam bulan Ramadhan?

Kemudian, kelaskan lah mengikut kategori, supaya ia lebih tersusun dan nyata. Sebagai contoh, ibadah wajib atau sunat dan fardhu ain atau kifayah. Adalah lebih baik jika senarai ini dipaparkan di tempat yang nyata, dan tidak salah jika ketika ini manfaatkan semua gajet yang canggih milik anda.

Susunlah semua perancangan anda yang lebih jejak dan berpaksikan realiti. Kita sebagai pelajar, jangan lupa untuk pertimbangkan jihad kita sebagai seorang pelajar. Bukan itu sahaja, jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai seorang ahli gerakan Islam di mana Ramadhan itu sewajarnya dimanfaatkan.

Satu perkara yang penting, sertakanlah doa untuk setiap perancangan Ramadhan anda. Bayangkanlah Allah yang Maha Penyayang itu, sedang menunggu semua permintaan daripada hamba-hambaNya tanpa limitasi. Mintalah apa sahaja. Infiniti. Berdoalah dimana-mana, terutama masa yang mustajab, kerana kita seorang hamba. Sandarkanlah kepada Allah semuanya.

Buatlah perancangan, susunlah strategi, tanda kita telah bersungguh-sungguh dengan Ramadhan, untuk buktikan betapa tingginya nilai syukur kita kepada Sang Pencipta. Jangan berada di tampuk yang lama. Anda mundur jika itu yang berlaku!

“Sesungguhnya kebaikan yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang”, kata Hukama’

Selamat merancang untuk berjaya! Selamat berjaya untuk menjadi hamba!

Waallahu’alam.

drnfn

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s